Monday, September 27, 2010

kedai shopping barang kait.kat mane?

salam semua.
ha kali ni entry ekspress.
kena tulis cepat2 sebab tengah kerja. nanti bos nampak gaji kena potong. naya je.
baru nak minta bonus bulan ni jang! (haa awak pernah dengar ke orang dapat bonus lepas raya? heh kerja kat E Niza je dapat! sayang bos besar saya neh!) :)

kali ni entry saya tulis special untuk all knitters out there tak kira yang baru atau yang lama yang nak tau kat mana nak beli barang mengait atau crochet ESPECIALLY malaccarian! ramai knitter yang tanya mana saya beli benang dan segala tools. sorry sebab lambat postkan entry ni untuk kamu semua! T.T dan hari ini jehan spent time tulis entry ni untuk kamu semua. jangan sedih2 lagi dan teruskan membaca. :)


sebagai pengait yang duk asyik kerja takde masa nak keluar shopping barang kait sekerap yang boleh, alternatif terbaik yang boleh dilakukan semasa kehabisan benang disaat-saat genting dan rasa malas macam tenuk ada duduk dalam badan juga  untuk keluar beli barang kait ialah beli secara online. iye cik temah oii. di internet segalanya mungkin! masa awal2 berkecimpung dalam dunia mengait jarum dua ni, jehan perasan yang aktiviti mengait jarum dua ni sangat 'selow' di malaysia. orang lebih minat crochet jadi market untuk barangan mengait yang fancy2 comel loteh agak terhad, kurang dan kalau jumpa nasib baik badan pun MAHAL ya Allah! barang kait yang memang LIMITED di market malaysia ni contohnya macam buku mengait, majalah, alatan mengait macam jarum kait yang colorful atau yang saiz 'bagak2', pony french knitters etc susah sangat nak cari.  geram tau tak?!?

woohoo.. intro nak ke topik utama jauh menyempang ye jehan oii. ok2 mari ke topik utama yook!

baiklah. jehan kebiasaannya kalau orang tanya mana nak beli barang mengait edisi atas garisan (online la tu) jehan akan beli di

halamak! bos duduk sebelah saya pulew! pura2 buat muka busy. ehem!

ok. jehan akan beli di Mayfair Handicraft. kedai ni jehan dah berpengalaman beli secara online barang di sini dan saya recommend kamu2 semua kedai ni. ok apa lagi sila surve dan beli. hoho alasan pertama kenapa jehan beli kat sini sebab ianya satu satunya kedai barangan craft online yang jehan jumpa yang bertapak di malaysia!! omg! kesian. -_-" barangan mengait boleh dikatakan semua CAMBEST daripada benang sampai ke tools. barangan mengait yang dijual kebanyakkannya diimport dari negara luar seperti jepun, UK, USA etc. so apa awak expect? harganya murah? karutkan? yes. harganya sedikit (banyak woo!) mahal. lagipun jehan PASTI! kedai online ni pun legal sebab ada cawangan kedai sebenar di alamat:

Mayfair Handicraft 29, Jalan USJ 10/1E, Taipan Triangle 47620 UEP Subang                  Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.( ni la akibat kalau awak copy and paste dari internet. habis margin hancussss)

huish! bertuah badan orang2 selangor!!

tu cerita kedai online pertama, yang kedua pulak jehan tak pernah pula beli kat sini tapi dah masuk dalam senarai 'bakalan shopping di sini'. CAMBEST pasal kedai yang satu ni selain terletak kat malaysia, ianya ada jual benang kait yang FANCY2!! ada lagi! benang kaitnya semua murah2 tapi dengan syarat harus dibeli bundle. teehee. tapi tak confirm lagi. bisa dirunding kot. :)

nak tahu kat mana? ha sila klik Da' Knit. awak semua pasti suka semua benang2 yang ada! :)

selain kedai online yang dah disebut, banyak lagi sebenarnya kedai craft yang jual barang2 kait secara online ni cuma kebanyakannya seberang laut. so taknak ambil risiko ok? :)

cerita kedai online selesai dah sekarang cerita kedai barang craft secara offline (di atas bumi yang nyata)

awak pun tau jehan bukan selalu boleh keluar cari kedai yang jual barang2 craft yang ada kat melaka ni. so info yang bakal jehan bagitau ni agak terhad.

kedai pertama jehan tahu ada jual barang craft sekitar melaka ialah di DAISO JAPAN, melaka. nama je daiso japan tapi cawangannya ada kat Dataran Pahlawan Mega Mall, melaka. and i'm sure banyak lagi cawangannya yang ada di malaysia. outlet Daiso Japan kat mana? haa kalau awak pergi Dataran Pahlawan Mega Mall, awak cari kedai yang jual alatan sukan Al-Ikhsan. Daiso Japan kat belah atasnya. semua barang dalam Daiso tu dijual dengan FLAT PRICE RM5. so pandai2 la awak pertimbangkan yang mana berbaloi beli dengan RM5, mana yang tak, ye? :) nak tau lebih detail tentang DAISO JAPAN sila klik SINI.

kedai kedua pula saya pergi kedai pengedar barang2 craft. kedai ni biasanya jual barang secara bundle. so harga pun boleh tawar dan murah. ada sikit info tentang kedai ni.

nama kedai: Aik Bee Tailoring Articles Supplier.
alamat: 22, 22-A & 24-A, jalan TKL 8, Taman Kota Laksamana, seksyen 1, 75200 Melaka.
no tel: 06-2816795.

cerita kedai kedua tamat di sini. kedai ketiga pula.

kedai ketiga terletak di kampung jawa, melaka. lokasinya sederet (ada dalam kamus tak perkataan ni?) dengan kedai2 menjual bunga2 plastik dan barang jahit, berhadapan kedai jam dan bak kata ayah 'dekat jalan bunga raya lah angah..' kedai tu senang je nak detect sebab kedai tu la satu2nya yang banyak jual benang kait jenis besar. kedai2 lain takda jual. kalau awak tanya kedai yang salah, mesti dorang akan cakap sini takda jual. so awak tau la awk dah salah masuk kedai. halamak jehan lupa nak tanya nama kedai dan snap gambar untuk kemudahan uolsss!next time boleh ye? :)

okay2. ni dah lama sangat tulis entry kali ni. nak layan customer, hantar adik pergi sekolah, tengok cerita alisa dulu. haish! last2 ha pukul 4 petang baru siap! so harap2 segala info2 yang jehan share dapat membantu anda2 yang nak cari barang kait tak kira sekitar melaka atau luar.

jehan sibuk asyik tolong orang. project mengait sendiri yang takda kepala tu dia tak siapkan lagi. -_-"
insyaAllah lepas keributan raya dah lepas, everything dah boleh disiapkan! ;)

oh by the way kalau  awak semua ada info lebih2 fasal kedai yang jual barang craft online yang CAMBEST share la dengan jehan pulak. tak sabar nak tau dan berhabis  duit di situ! kehkekeh.;p

kepada kapitan: macamana nih? kerinduan kamu sudah, bah!! ergghh!
knitters: selamat mengait dengan gumbirarararara gaga ulalah! :D

with lots of love,
jehan
(^^,)V

12 comments:

  1. huwaa...mkcik promote ek..nnti amek pic hasil kraf kau jehan..nak tgk...

    ReplyDelete
  2. hehe. share info je dear.
    knitters dah lama tye. ni baru sempat nak share.
    yang..rituh i ada upload byk pic mengait tapi dah delete. xpe. nnt i upload lg.:)

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum saudari Jehan :)

    Terima kasih atas info-info ini. Saya selalu menjadi "hidden visitor" blog Jehan *blush*... Saya baru sahaja tahu tentang kedai Daiso dari sebuah blog Pn. Yuu Ying LR. Bila dah tahu ada online shopnya, happy sangat :) Nanti boleh survey.
    Terima kasih juga sudi promote Da'Knit Shop. InsyaAllah, kalau ada apa-apa persoalan tentang benang kat Da'Knit, email saya ya :). Thanks alot, Miss Jehan.
    Selamat berkenalan dari saya, Sindar.

    ReplyDelete
  4. thnks for da info ^^

    nak share kat blog, boleh kn?? =)

    ReplyDelete
  5. Salam Jehan,

    Selain itu ada lagi kedai barang kait online yang belum tahu lagi di Cotton House Store. Maycraft sangat mahal, saya tgk barangnya di website. Harga yang kami jual berpatutan. Silalah melawat www.cottonhousestore.com

    ReplyDelete
  6. thanks sgt2 maklumat awk byk mbantu sy br melahirkan anak pertama jd nak kaitkan baju n topi tuk dia tp ssh sgt nak cr benang n kedai jual alat2 kait ni thanks coz awk da mudahkan sy utk mbeli online ....

    ReplyDelete
  7. salam Jehan... boleh tumpang promote tak? kalau yangs sebelah utara boleh cuba tengok barangan di kedai saya : Deenot Haberdashery yang terletak di level 3 kompleks bukit jambul penang. link ke facebook kami di http://facebook.com/deenorh

    tq..

    ReplyDelete
  8. Hai...
    saya sebenarnya tgh buat blockwalking ni..berminata nak tau pasal barangan kait yg murah..saya kat kuantan tapi kedai sini tak byk..sape yg tau ada kedai yg saya boleh kunjungi sila message saya..Anyway, kalo rajin sila layari www.myshopsalmi.blogspot.com kerana ada barangan menarik yang dijual disitu. terima kasih!Kalo sudi kita boleh jadi kawan di faacebook salmisalamon..bye!

    ReplyDelete
  9. tumpang tanya area sabah (kota kinabalu) mana kedai yang jual tool2 crochet....

    ReplyDelete
  10. Tumpang tanya, jarum kait jenis apa yang bagus? yang benang tak mudah tersakut disebabkan jarum. dan juga benang apa yang bagus utk digunakan membuat skarf panas? saya masih baru dan berminat nak belajar. bole reply dkt email saya tak? beena_cancer94@yahoo.com terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak tahu jarum kait nak beli kat mana ye

      Delete
  11. JT AsiaTrading, a LED based electronics display company, we provide LEDdisplay related solutions like budgeted Queue Management system, budgeted restaurant call system, parking guidance system, etc. and LED Display products like bulletin board, bus indicator display board, LED traffic indicatorboard, master clock display panel, fullcolour matrix board, score board, forex board, production display board, VMSboard and etc.

    www.facebook.com/JTAsiaTrading

    016 3199391 Jim

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails